Monday, 17 July 2017

Info Mengenai Sel




Kematian sel ada dua jenis. Salah satu daripadanya Apoptosis.  Ia boleh dikatakan kematian sel secara semulajadi, bukan paksaan.  Sel yang matang  & tua yang tidak diperlukan lagi akan mati secara apoptosis.  Proses ini adalah untuk menyeimbangkan antara sel-sel lama & sel-sel baru yang akan terbentuk.  Sel yang mati akan mengecut dan & dibuang ke luar badan secar semulajadi.  Sel baru itu akan menggantikan sel lama.







 Jenis kematian sel yg kedua adalah Necrosis.  Necrosis biasanya berlaku disebabkan oleh faktor luaran (bukan semulajadi).  Contohnya kena langgar, kaki terluka, maka sel-sel area kaki tu mati secara necrosis.  Dikatakan Necrosis kerana ia berlaku tanpa dirancang.  Jika sel itu masih baru pun, apabila mengalami perlanggaran tadi, ia akan menyebabkan sel yang terlibat mati mengejut.  

  Contoh lain pula adalah apabila seseorang terkena serangan jantung. Tiba-tiba saluran darah ke jantung tersekat, maka bahagian yang tidak dapat bekalan darah itu akan kematian sel.  Proses itu yang dinamakan proses necrosis.

  Biasanya kesan dari necrosis ni, badan akan mengalami keradangan atau kerosakan.  Contoh, gangren.  Ia berlaku kepada pesakit kencing manis contohnya.  Darah tidak dapat sampai ke bahagian anggota yang sepatutnya & mengakibatkan sel bahagian yang terlibat mati kerana tidak mendapat bekalan darah dan oksigen.







  Kesan lebih buruk akibat dari necrosis tersebut adalah apabila bahagian tersebut tidak dapat diselamatkan, adakalanya sehingga menyebabkan bahagian yang terlibat terpaksa dibuang.  

No comments:

Post a Comment