Saturday 22 May 2021

Percutian Di Johor

Percutian Di Johor Bharu, Johor (Trip 2018) 


RINDU NAK BERCUTI LAGI 🤩


Alhamdulillah, bersyukur diberi peluang bercuti santai-santai bersama keluarga. Bonding time. Rindu nak sambung jalan-jalan lagi, semoga wabak yg sedang melanda ni cepat pulih.amin 🤲
Salah satu tempat yg best, vacation ke Johor. Nampak gaya macam kena repeat lg je nanti, ada tempat yg belum singgah lg..hehe🤭


Sampai je di Johor Bharu masa tu, selepas check in, kami ronda-ronda kawasan sekitar.
Minum petang sambil makan roti kacang pool di Kampung Haji Majidi. Ya Allah, teringat kesedapannya, hihi.
Punya sedap, sampai esok paginya breakfast repeat lg roti kacang pool kat kedai tu 😆




Meneruskan misi meronda, singgah pulak ke Kilang Bateri. First time jumpa makanan Bakso Beranak. Saya memang suka makan bakso. Bila terjumpa Bakso Beranak tu excited nak cuba. 😁
Sempat juga bawa anak-anak ke Zoo Johor keesokan harinya.



Di Johor Bharu tu, gigih mencari kedai roti homemade yg bakar roti menggunakan arang. Kedai Salahuddin Bakery, kedai roti tertua di Johor Bharu. Beli untuk bawa bekal balik berbungkus-bungkus.
Memang sedap roti legend 👍👍👍

Seterusnya kami memilih untuk merehatkan diri di Pantai Air Papan, Mersing. Bertukar suasana gitu, hehe.
Seronok makan-makan, main pantai, menikmati angin pantai. Rindunya..

Insha Allah ada rezeki nanti boleh pergi vacation lagi. Dapat bonding time with family. Alhamdulillah 😍